Latar Belakang Occupy Wall Street

Pada pertengahan 2011 gerakan pengguna yang digerakkan oleh majalah Adbusters. Mereka bercadang berdemo di Wall Street untuk membantah pengaruh korporat terhadap demokrasi, menangani ketidaksamaan yang semakin meningkat dalam kekayaan , dan ketidakadilan undang-undang di sebalik krisis kewangan global baru-baru ini . Mereka berkumpul beramai-ramai di Zuccotti Park kerana ia adalah milik swasta.Polis tidak boleh mengambil tindakan kerana menyalahi undang-undang . Polis hanya mempunyai kuasa bertindak terhadap penunjuk perasaan tanpa permit di taman-taman awam di bandar.

Sebelum permulaan protes pada 17 September, Datuk Bandar New York City , Michael Bloomberg dalam sidang media menyatakan "Orang ramai mempunyai hak untuk membantah, dan jika mereka ingin membantah, kami akan senang jika diadakan di lokasi tertentu". Protes ini hanya mengurangkan jumlah pelancong dan tidak produktif. Namun beliau simpati dengan beberapa aduan.

Keberanian mereka terpancar menerusi laman sosial Facebook dan Twitter serta email. Walaupun tidak ada tujuan khusus tetapi mereka tetap nekad, datang dari jauh untuk berarak di Jambatan Brooklyn, Manhattan dan ke New York. Mereka membawa pelbagai tema sepanduk dan slogan seperti anti korporat. Wall Street adalah lambang orang kaya-kaya yang mengeksploit golongan miskin dan fakir.

Berkaitan